Sunday, April 12, 2020

          


KPS 3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

BAB 7: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN



NAMA: NOR SYAFIQAH BINTI SHAHARUDIN

NO. MATRIK : D20191088642




3.0 OBJEKTIF


  • Mengenalpasti strategi mengurus bilik pembelajaran di sekolah.
  • Mengenalpasti ciri-ciri iklim bilik pembelajaran yang menyokong guru mengawal keadaan sosial bilik pembelajaran.
  • Mengenalpasti ciri fizikal, ciri emosi dan ciri sosial di bilik pembelajaran.
  • Mengenalpasti strategi mengurus bilik pembelajaran yang berkesan.


Kajian ini mempunyai empat objektif berdasarkan tajuk strategi pengurusan bilik pembelajaran. Objektif pertama bagi kajian ini adalah mengenalpasti strategi mengurus bilik pembelajaran di sekolah. Strategi mengurus bilik pembelajaran adalah suatu pendekatan atau kaedah yang digunakan oleh sesorang guru dalam mengurus bilik pembelajaran. Pelbagai strategi boleh dilakukan dalam bilik pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan efektif. Objektif yang kedua bagi kajian ini adalah mengenalpasti ciri-ciri iklim pembelajaran yang menyokong guru mengawal keadaan sosial bilik pembelajaran. Ciri-ciri iklim bilik pembelajaran terdiri daripada ciri fizikal, ciri emosi dan ciri sosial. Ketiga-tiga ciri ini merupakan elemen penting yang perlu diutamakan oleh seseorang guru dalam mengawal keadaan sosial bilik pembelajaran. Setiap elemen tersebut mempunyai peranan masing-masing. Guru memainkan peranan yang penting dalam mengatur strategi mengikut ketiga ciri-ciri tersebut.

Objektif yang seterusnya ialah mengenalpasti ciri fizikal, ciri emosi dan ciri sosial di bilik pembelajaran. Ciri fizikal bilik pembelajaran adalah penyusunan fizikal iaitu susun atur meja, kerusi dan kelengkapan fizikal yang lain bagi mencapai keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.Ciri emosi adalah keadaan di mana pelajar selesa, ceria, ataupun sebaliknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri sosial pula merujuk kepada  bagaimana pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru,serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik pembelajaran. Ketiga-tiga ciri ini amat penting dan perlu dipraktikkan oleh seseorang guru. Objektif yang terakhir ialah mengenalpasti strategi mengurus bilik pembelajaran yang berkesan. Strategi mengurus bilik pembelajaran perlu diuji keberkesanannya supaya tiada para pelajar yang ketinggalan, pelajar akan lebih seronok dan bersemangat untuk belajar dan sekiranya strategi seperti ini tidak berkesan boleh membawa kesan yang buruk terhadap para pelajar di mana mereka tidak akan fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran.



POWERPOINT BAHAGIAN 1







 


















           KPS 3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN BAB 7: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN NAMA: NOR SYAFIQAH BINTI SHAH...